Monday, December 7, 2009

Tersangat Lama..

Waaaa... Long time aku tak update ini belog...
Semenjak 2 menjak ni, byk sgt keje nak settle, keje opis b'lambak ngan small biz aku pun nak kena handle.. Tapi takpe, janji masyukk...

Sabtu lepas aku attend wedding anak buah aku, Shasha..Dia ni cucu kepada Mak Teh aku.. Pastu aku pun bring along my lovely D60 sama.. Nak amik gbr kenangan , sbb time2 camni lah kitaorg berkumpul n bleh jumpa selain hari raya Aidilfitri..

Disebabkan aku ala2 'camerawomen', diorg tanyelah ada facebook or not.. yelah, sekarang kan tgh demam fb-fb nih segala.. So, aku dah download gbr2 yang cun kat fb aku.. sape2 yg berkenaan n nak tgk gbr2 tu, bleh lah cari hafiza bahtiar kat fb, pastu jgn lupa add as friend's skali tau..huhuhu promote jap..


amik gbr sendiri dlu yer kwn2..


debaran akad


my dad wakil bg pihak p'puan.. hari ni smart la pulak, lengkap ngan sampin tu...


Pelukan seorang anak kpd ayahnya.. So sweet..


Mak Teh ngan cucu lelaki 'kesayangan'nya..


Antara cucu p'puan Mak Teh.. Semuanya cun2 belaka..


Cucu Mak Teh yg paling comel.. Diya Iman klu tak silap..

Last sekali.....


sesiapa yg 'berkanaan' sila blanja i lepas tgk gbr nih..huhuhu

Sekian..........

Jumaat nih nak pi Ipoh pula, sepupu Shasha plak nak nikah.. wah kahwin berganti2 diorang nih..huhuhu.... layannnn..

Saturday, November 21, 2009

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-24

Hai Semua...
Apa macam hari anda, best ke tak?

Teka-teki siapakah 14 finalis yang layak untuk mempertaruhkan lagu-lagu di Anugerah Juara Lagu ke-24 dah terjawab di siaran langsung Semi Final ke 3 tadi. So, korang puas hati ker dgn pilihan juri2.. Deqja tengok kali ni, majoriti yg ke final penyanyi baru termasuklah favourite Deqja sendiri, sape lagi tak lain tak bukan Yuna@ Dan Sebenarnya.. Tahniah eh Yuna.. Love You..


Deqja sertakan finalis 14 lagu ke final nanti...
  1. Aku Skandal - Hujan
  2. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
  3. Aurora - Estranged
  4. Bengang - Akim
  5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
  6. Dan Sebenarnya - Yuna
  7. Rindu Terhenti - Tomok
  8. Pakai Buang - Stacy
  9. Kau Aku - Aizat
  10. Pergi - Aizat
  11. Situasi - Bunkface
  12. Bencinta - Faizal Tahir
  13. Adam dan Hawa - Misha Omar
  14. Masih Jelas - Hafiz
Tahniah to all yang berjaya ke final.. To Yuna, wat yang terbaik k...

Saturday, November 14, 2009

Tengah Kusut

Hari ni kena wat kerja opis kat rumah.. byk benda nak kena siap sblm Selasa ni.. Boring rr, cuti2 pun kena wat kerja opis..




Petang lak, kalau tak hujan, aku nak ikut bro Kicap shoot kat Putrajaya.. Nak belajar skill amik gambar dgn dia..

Friday, November 6, 2009

Separuh Akhir Juara Lagu 24

Tadi aku baru lepas tonton Separuh Akhir Juara Lagu 1 @ TV3, Inspirasi Hidupku..
11 lagu yang telah dipersembahkan pada mlm ni adalah..

1. Pesawat - Mirage
2. Aizat - Kau, Aku
3. Hujan - Aku Skandal
4. Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
5. Reshmonu - Anok-anok
6. Noraniza Idris - Enjut
7. Nadia - Dia, Aku dan Kamu
8. Yuna - Dan Sebenarnya
9. One Nation Emcees - Raja Gelek
10. Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu
11. Mila - Gila

Disebabkan format Juara Lagu kali nie dah tukar(banyak gila tukarnya).. Keputusan pun belum betul2 final lagi.. Tapi diaorang ada umumkan Top 5 lagu yang berkemungkinan besar akan ke final nanti..

1. Hujan
2. One Nation Emcees
3. Alyah
4. Aizat
Dan favorite artis aku, pun tersenarai dalam Top 5..
5. Yuna

5 lagu ni belum confirm lagi ke final ke tidak. Kena tunggu 20.11.09 untuk keputusan finalnya..So, sama2 lah kita tunggu yerk.. Hope Yuna@Dan Sebenarnya dapat ler ke final..

Go, Yuna...Go..Go..Go..

Monday, November 2, 2009

SAKIT SEGALA....

Dah beberapa hari aku tak post entry kat belog neh.. Banyak benda yang sedang aku alami dalam tempoh tu..

1. Sakit perut @ senggugut - perkara biasa yg berlaku pada org perempuan yang tengah datang bulan ..

2. Sakit hati - bila datang penyakit 1, semua benda akan jadi @ rasa tak kena.. Nak wat keje pun takde mood..
So, org lelaki kenalah paham kalau their girl's mood tgh tak elok, tu petanda datang bulan lah tau..

3. Sakit kepala - pening dengan peel bos aku yang tah hape2.. Kejap ok, kejap tak.. kejap nak macam ni, kejap tak nak.. Aduyai.. Rasa tension sangat kat dia nih... Benda kecik pun nak tukar.. Kalau banyak masa tak per lah jugak, ni last2 minit nak edit sana sini...Seb baik orang tua.. Sabar jerlah den..
Dah lah gaji baru dapat, tu semua wat aku sakit segala..

Hari ni nak kena sattle bil2 apa yang patut.. Susut balik la duit dalam akaun aku..

Wednesday, October 28, 2009

Sudah Rindu..

Lepas lunch tadi dapat satu mesej.. Guess who? No..no..no.. not from my hubby or something like that because i'm single.... teett...
Ia mesej dari orang yg paling I sayang, my mom la... Sejak dah pandai mesej2 ni, rajin juga dia send kat anak kesayangan dia ni huhuhu...
Mesej berbunyi..

Mama : As'kum. Dah makan . Balik tak?
soalan balik tak tu biasa bagi aku sebab hujung2 bulan aku wajib balik Rembau.. Klau tak diorang akan memekak tanye nape tak balik dan ncjsdwdjhcbcsn...

Deqja : Salam.. Dah makan.. Mgu ni x balik, raya haji nanti baru balik kg..
jawapan dihantar pun skema juga sebab ikut soalan... hihihi

Mama : Lama nya.. rindu la ma..
huhu.. sudahku agak ayat ini akan dibalas.. mmg lama aku tak balik sana, msuk minggu ni dah 3 mgu tak balik.. kalau balik time raya haji (27.11.09), bermakna 7 mgu.. sanggup ke aku tunggu.. sblm ni pun paling lama tak balik Rembau 3 mgu jer..

Deqja : Nak kena simpan duit, nak beli keta..
ini mmg alasan sbnr wat masa skrg, target aku nak simpan duit downpayment utk keta baru.. Tapi bilanya nak beli tak tahu lagi la.. hihihi.. Tapi ayat2 ni dibalas sebagai 'trick' untuk membodek parent's aku supaya boleh sponsor sikit dowtpayment keta aku nanti... bijak2..

Mama : Perli nampak..
alamak, dia sudah tahu 'trick' ni.. takpe2.. kena cover balik..

Deqja : betul ler...
malas balas pjg2 sebab nanti pecah tembelang..

tiba2 mesej yang dibalas membuatkan aku terkedu... ni yang maleh ni..

Mama : Carilah jodoh
aku tak balas2 mesej ni sebab no idea..

Agak lama aku tak balas... Last sekali aku call jer my mom sebab payah main mesej dgn orang yang lambat taip2 mesej ni( mak aku ler ni)..

Lama gak borak dlm 10 minit kot, dia tanye lagi napa tak balik mgu ni.. Aku ckp lah alasan yg aku mesej dia td.. Still nak cuba nasib...huhuhu....macam2 lg la kitaorg borak.. pasal kakak aku nak beli keta juga lah.. pasal Ain penganggur, amik kursus memasak kat rumah lah.. Ain.. kalau ko baca ni, sila bagi komen eh...

Nana pun nyibuk nak cakap ngan akak kesayangan dia nih.. Kalau ym @ call mesti cakap brown rindu kat aku ler.. yelah, sebenarnya dia yang rindu..


Brown yg pandai posing...



Sekian.. Salam..Good nite..

Tuesday, October 27, 2009

Rendang Landak..

Hari ni kami buat kenduri doa selamat di rumah Puchong.. Mengejut sebenarnya.. Menu utama ialah rendang landak.. tak sempat ambil gambar rendang yang sedap tu, sebab sibuk siap2 kan ape yg patut.. Hanya sempat ambil gambar jemaah surau yang tengah menjamu selera (bukan makan jamu k) .. Ada lauk kari ikan dan sambal terung juga, jantung pisang juga ada..

Mata dah ngantuk sebab baru lepas basuh pinggan sampai tangan jadi kecut.. Lepas ni pasti aku tido mati.. Harap2 dapat mimpi2 yg indah.. Good Night..






mimpi dapat rumah cantik macam ni pun ok gak..

ok, dah bye..

Monday, October 26, 2009

Entry Pendek 1

Hari ini aku malas mahu post entry yg pjg2 berjela yang boleh jadi jala..la..la.. Sebabnya tadi aku makan sambal tempoyak, so tangan aku skrg masih lagi ada bau itu tempoyak, demi menjaga kesucian keyboard aku ni, aku terpaksa memendekkan entry kali ni.. Harap2 bau ini hilang menjelang esok supaya aku dapat berbelog sama kamu lagi.. Daa..

Sebelum tu ada video pasal durian yang perlu korang tonton..



Bila tengok video ni rasa nak sagat2 jer muka mat saleh tu dgn kulit durian.. Korang kutuk la macamana pun, aku still suka makan durian..

Sunday, October 25, 2009

Imaginasi Beremosi 1

Aku akui mmg aku ni suka berangan atau bahasa yang lebih sedap didengar berimaginasi tinggi beb.. Tak kira ape2 pun.. Aku selalu berangan suatu hari nanti kewujudan aku di dunia ini disedari oleh orang lain.. Kecuali family N rakan2 aku ler, kalau diaorg pun tak sedar aku ni wujud korang mmg 'tak arr' bak kata Raja Lawak 2..Ahmad Nabil Ahmad (nama penuh siot)..

Selalunya aku akan berangan menjadi superhero @ jejaka kacak bermulut manis yang pandai mengorat, selepas menonton sesuatu filem atau drama(selalunya ini berlaku kalau heroin dia cantik rr).. Aku pun pelik kenapa aku pilih watak lelaki jer, bukannya perempuan.. mungkin berlaku kekeliruan emosi juga di sini.. Tapi..tapi..tapi.. itu dulu yer,zaman aku kanak2 rebina sparkling..keling..keling..keling.. +_+

Ketinggian imaginasi aku ni mmg kadang2 aku sendiri pun tak paham, kenapa benda2 tu semua boleh keluar dari kepala hotak berjambul(walaupun takde jambul) aku yang suci bersih ni..

Imaginasi 1,
Year 1994.. Lokasi kejadiaan_Sek. Keb. Undang Rembau. Aku masa ni dalam darjah 4 Anggerik (kelas paling pandai di antara darjah 4 yg lain)bangga kejap aku tergolong dlm bdk2 pandai ... =_=. Entah kenapa aku boleh berimaginasi Madam Lau yang mengajar aku Math ketika itu ialah mak aku sendiri tahu tak? ok, korang mmg tak tahu.. imaginasi ni muncul bila aku perhatikan Madam Lau ni ada iras2 mama aku(mak aku berkulit putih) jadi ada persamaan dari segi warna kulit dan rupa paras(sedikit jer iras nya).. mungkin aku bercita2 yang mak aku ini seorang guru??..

Lepas tu aku mulalah berimaginasi yang Mama aku menyamar menjadi Madam Lau, untuk mengintip aku.. motif sebenar beliau menyamar aku tak tahu, tapi imaginasi aku berkata mungkin beliau nak tengok & pastikan aku ni betul2 belajar ke main2 di sekolah.. Tapi bila Madam Lau masuk kelas untuk mengajar, beliau buat2 tidak kenal sama anak dia ini(kijam sungguh!!!) mama, anak kesayangan kamu ini sangat cemburu bila kamu lebihkan murid2 yang lain kamu tahu.. Tapi anakmu ini tak pandai meluahkan perasaan..Sob..sob..sob..

Madam Lau ini tinggal di Seremban kalau tak silap aku, so dia kena travel pagi2 pergi sekolah dengan Honda Civic nya.. Mama aku pula tinggal di Rembau tapi kerja kat Seremban jadi kena travel pagi2 juga dengan bas Roti Paun nya(dulu bas ke Seremban padat macam roti Paun). Jadi nampak tak persamaan antara situasi mereka berdua, samakan.. imaginasi aku mula menjalankan kerja.. Ooo.. mama buat2 keluar awal supaya dia boleh tukar basnya itu menjadi Honda Civic supaya aku tak syak apa2,agak2 nya kat mana mama aku nih sorokkan kereta Honda Civic tu eh (CSI sila jalankan siasatan sekarang).. Mama, kamu sangat2 kejam apabila sanggup melihat anak comel mu ini(dulu eh) bangun awal pagi supaya tak terlepas bas sekolah yang dipandu laju ketika di selekoh oleh mak cik yg garang itu.. Tak boleh ker kita berkongsi kenderaan sama-sama, kan lebih jimat..

Madam Lau dan mak aku juga ada persamaan dari segi perwatakkan, selalunya cikgu Math garang kan so.. Madam Lau = garang, Mak aku = garang ...jadi, Madam Lau=Mak aku, garang=garang.. jadi... korang nampak tak persamaan yang ketara di sini?.. So, imaginasi pun berkerja lagi, ooo.. mama saja buat2 garang kat sekolah supaya aku, murid2 & cikgu2 yg lain tak perasan yang beliau dan aku sebenarnya, anak-beranak.. Mama, anakmu ini tak kisah itu semua.. Kita kan satu keluarga..Hwa2

Tapi imaginasi tinggal imaginasi kerana sampai sekarang mak aku masih tak mengaku yang beliau adalah Madam Lau dan Madam Lau adalah Mak aku dan tiada siapa pun tahu kisah benar tentang penyamaran ini.. tanda tanya? Mama, mana kereta Honda Civic tu.. bagi lah kat angah.. $_$ tul..

So, korang boleh la bajet(bukan bajet 2009 ok) berapa tingginya tahap imaginasi aku ketika itu(sekarang pun aku masih lagi tinggi imaginasi).. Haa, tu baru imaginasi 1 aku, belum lagi yang ke-2, 3,4 dan.... Aku imaginasi bapak aku jadi pelakon pun ada.. Siapakah pelakon yang menjadi mangsa imaginasi aku... tunggu...(sambil mendengar lagu Kutunggu Jandamu by Irwan Shah@SENGAU).

Saturday, October 24, 2009

YESS.. YUNA KE SEMI FINAL JUARA LAGU..

Salam hari Sabtu semua..

Deqja baru lepas tengok muzik2 kat TV3, yang dihostkan oleh dua orang pengacara hot yang berkulit hitam manis menawan, siapa lagi kalau bukan Faizal Ismail (FBI) & Sherryl Samad..huhu serasikan diorang tue..

Ok, point utama Deqja bukan nak cite pasal host dia, Deqja nak cite pasal Yuna yang dapat masuk semi final anugerah juara lagu nanti.. Wow, akhirnya harapan Deqja nak tengok beliau(Yuna) masuk juara lagu tuh tercapai gak, penyanyi manakan yg tak mau masuk this competition.. Ini kira pencapaian terbaik Yuna n her group.. I hope this song, Dan Sebenarnya dapat ke Final nanti.. Nanti naik lagilah nama Yuna ni macam MUH, Ekstrenge..

Bunkface pun tercalon gak..


Pandangan Sisi Yuna..huhuhu comel gak..


Satu lagi lagu terbaik dari Yuna-Cinta Sempurna

Thursday, October 22, 2009

Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi - Mitos atau realiti ?

Sekadar berkongsi.

Deqja hari2 kasi panas enjin scooter without Fail.

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. I syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu I ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap I, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian I dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk I start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi keja. Kemudian bapa I pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk I masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa I pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Saga(sekarang guna Wira) kegemarannya. Kemudian bila I dah besar, dah pakai kereta kancil yang warna hijau tu, I pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya I tak buat tau. Sebab I ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya I bangun lambat(hehehe). Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? I rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, korang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Korang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang korang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang korang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Kredit kepada penulis.
(Copy dari entry IsuHangat)


Sebelum ni pun Deqja ada baca pasal tabiat memanaskan enjin ni.. Mengikut apa yang Deqja baca, kereta yang dibuat lepas tahun 1995, (kalau tak silap la) enjin tak perlu dipanaskan terlalu lama sebelum memulakan perjalanan. Tapi ada seorang anak buah Deqja yang mmg kalau pagi2 sebelum naik keta tu wajib panaskan enjin lama.. Ni mesti mengikut tradisi seperti yang ditulis entry ni.. (tapi I kalau berhenti kat mana2 tapi tak turun dr keta, I tak matikan enjin bukan yer ape, Kancil kesayangan I tu kalau nak start balik enjin dia kadang2 amatlah problem)...



So, renung-renungkan dan selamat memandu...

Wednesday, October 21, 2009

HAVE FUN WITH BOTTLE BANK ARCADE...COOL..

Tadi time lunch, I layan Youtube jap kat Opis pastu jumpa video yang mcm cool nih.. Best gakkan kalau kat Malaysia ni pun ada benda macam nih, confirm lepas ni tak jumpa lagi botol2 bersepah2.. Jom Chickitout...HUHUHU..