Sunday, October 25, 2009

Imaginasi Beremosi 1

Aku akui mmg aku ni suka berangan atau bahasa yang lebih sedap didengar berimaginasi tinggi beb.. Tak kira ape2 pun.. Aku selalu berangan suatu hari nanti kewujudan aku di dunia ini disedari oleh orang lain.. Kecuali family N rakan2 aku ler, kalau diaorg pun tak sedar aku ni wujud korang mmg 'tak arr' bak kata Raja Lawak 2..Ahmad Nabil Ahmad (nama penuh siot)..

Selalunya aku akan berangan menjadi superhero @ jejaka kacak bermulut manis yang pandai mengorat, selepas menonton sesuatu filem atau drama(selalunya ini berlaku kalau heroin dia cantik rr).. Aku pun pelik kenapa aku pilih watak lelaki jer, bukannya perempuan.. mungkin berlaku kekeliruan emosi juga di sini.. Tapi..tapi..tapi.. itu dulu yer,zaman aku kanak2 rebina sparkling..keling..keling..keling.. +_+

Ketinggian imaginasi aku ni mmg kadang2 aku sendiri pun tak paham, kenapa benda2 tu semua boleh keluar dari kepala hotak berjambul(walaupun takde jambul) aku yang suci bersih ni..

Imaginasi 1,
Year 1994.. Lokasi kejadiaan_Sek. Keb. Undang Rembau. Aku masa ni dalam darjah 4 Anggerik (kelas paling pandai di antara darjah 4 yg lain)bangga kejap aku tergolong dlm bdk2 pandai ... =_=. Entah kenapa aku boleh berimaginasi Madam Lau yang mengajar aku Math ketika itu ialah mak aku sendiri tahu tak? ok, korang mmg tak tahu.. imaginasi ni muncul bila aku perhatikan Madam Lau ni ada iras2 mama aku(mak aku berkulit putih) jadi ada persamaan dari segi warna kulit dan rupa paras(sedikit jer iras nya).. mungkin aku bercita2 yang mak aku ini seorang guru??..

Lepas tu aku mulalah berimaginasi yang Mama aku menyamar menjadi Madam Lau, untuk mengintip aku.. motif sebenar beliau menyamar aku tak tahu, tapi imaginasi aku berkata mungkin beliau nak tengok & pastikan aku ni betul2 belajar ke main2 di sekolah.. Tapi bila Madam Lau masuk kelas untuk mengajar, beliau buat2 tidak kenal sama anak dia ini(kijam sungguh!!!) mama, anak kesayangan kamu ini sangat cemburu bila kamu lebihkan murid2 yang lain kamu tahu.. Tapi anakmu ini tak pandai meluahkan perasaan..Sob..sob..sob..

Madam Lau ini tinggal di Seremban kalau tak silap aku, so dia kena travel pagi2 pergi sekolah dengan Honda Civic nya.. Mama aku pula tinggal di Rembau tapi kerja kat Seremban jadi kena travel pagi2 juga dengan bas Roti Paun nya(dulu bas ke Seremban padat macam roti Paun). Jadi nampak tak persamaan antara situasi mereka berdua, samakan.. imaginasi aku mula menjalankan kerja.. Ooo.. mama buat2 keluar awal supaya dia boleh tukar basnya itu menjadi Honda Civic supaya aku tak syak apa2,agak2 nya kat mana mama aku nih sorokkan kereta Honda Civic tu eh (CSI sila jalankan siasatan sekarang).. Mama, kamu sangat2 kejam apabila sanggup melihat anak comel mu ini(dulu eh) bangun awal pagi supaya tak terlepas bas sekolah yang dipandu laju ketika di selekoh oleh mak cik yg garang itu.. Tak boleh ker kita berkongsi kenderaan sama-sama, kan lebih jimat..

Madam Lau dan mak aku juga ada persamaan dari segi perwatakkan, selalunya cikgu Math garang kan so.. Madam Lau = garang, Mak aku = garang ...jadi, Madam Lau=Mak aku, garang=garang.. jadi... korang nampak tak persamaan yang ketara di sini?.. So, imaginasi pun berkerja lagi, ooo.. mama saja buat2 garang kat sekolah supaya aku, murid2 & cikgu2 yg lain tak perasan yang beliau dan aku sebenarnya, anak-beranak.. Mama, anakmu ini tak kisah itu semua.. Kita kan satu keluarga..Hwa2

Tapi imaginasi tinggal imaginasi kerana sampai sekarang mak aku masih tak mengaku yang beliau adalah Madam Lau dan Madam Lau adalah Mak aku dan tiada siapa pun tahu kisah benar tentang penyamaran ini.. tanda tanya? Mama, mana kereta Honda Civic tu.. bagi lah kat angah.. $_$ tul..

So, korang boleh la bajet(bukan bajet 2009 ok) berapa tingginya tahap imaginasi aku ketika itu(sekarang pun aku masih lagi tinggi imaginasi).. Haa, tu baru imaginasi 1 aku, belum lagi yang ke-2, 3,4 dan.... Aku imaginasi bapak aku jadi pelakon pun ada.. Siapakah pelakon yang menjadi mangsa imaginasi aku... tunggu...(sambil mendengar lagu Kutunggu Jandamu by Irwan Shah@SENGAU).

No comments:

Post a Comment